Kuat Berangan & Mengelamun Tanda Anda Bijak!
Anda mesti pernah berada dalam situasi di mana anda sedang memandang sesuatu, tetapi minda entah kemana. Dalam erti kata lain anda sedang mengelamun.
Ada yang beranggapan mengelamun adalah tabiat yang tidak baik kerana ia boleh mengganggu tumpuan dan hilang fokus.
Namun, mengelamun bukanlah sesuatu yang buruk. Kajian terbaru dari The Institute of Technology Georgia, minda sering mengelamun adalah tanda otak bosan melakukan perkara secara teratur.
Mereka yang bijak mempunyai keupayaan otak yang baik sehingga fikirannya sentiasa mengelamun. Sebagai contoh, kanak-kanak yang kuat berimaginasi ternyata seorang yang bijak.
Hasil kajian yang dilakukan ke atas 100 responden mendapati, mereka yang kuat mengelamun mempunyai kemampuan intelektual lebih tinggi. Ini kerana mengelamun membuatkan otak lebih cerdas dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi.
- SUMBER
- Kompas.com