Kumpulan Bikers NZ Janji Kawal Masjid Ketika Solat Jumaat Esok
Peristiwa masjid berdarah di Christchurch, New Zealand Jumaat lalu yang mengorbankan 50 nyawa serta mencederakan lebih 20 jemaah ternyata memberi kesan mendalam kepada umat Islam di seluruh dunia.
Susulan insiden tersebut, beberapa kumpulan bikers di New Zealand berikrar akan mengawal di luar masjid di New Zealand ketika solat Jumaat esok.
BACA: Geng Samseng Paling Bahaya Di NZ Kutuk Brenton Tarrant
Kumpulan-kumpulan tersebut berjanji akan melindungi komuniti Islam di negara itu. Menurut salah seorang ahli, mereka akan menyokong dan membantu saudara-saudara Muslim seberapa lama mereka memerlukan.
Menurutnya lagi, ada pihak memaklumkan ramai komuniti Muslim takut untuk menunaikan solat Jumaat esok susulan insiden tembakan rambang yang berlaku minggu lalu.
Antara kumpulan bikers yang terlibat adalah The Mongrel Mob, King Cobra dan The Black Power. Kesemua kumpulan bikers tersebut amat digeruni di New Zealand.
Dalam pada itu, Dr Asad Mohsin, wakil komuniti Islam disitu menzahirkan rasa terharu dan begitu menghargai usaha yang dilakukan oleh kumpulan bikers tersebut.
Beliau turut mengalu-alukan kumpulan tersebut untuk masuk ke masjid dan berdoa bersama serta terbuka untuk mempelajari tentang Islam.
Diharap perpaduan ini dapat dikekalkan sekaligus mengukuhkan lagi hubungan tanpa mengira bangsa dan agama walau di mana sahaja.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥
- SUMBER
- Business Insider