Lagu Jepun Nyanyian Nenek Comel Tarik Perhatian
Boleh tahan comel juga kami melihatkan nenek comel menyanyikan semula lagi Jepun satu ketika dahulu. Malah nenek tersebut siap hafal bagaimana bunyi ketukan drum dan juga beberapa bibit rangkap lagu tersebut. Namun apa yang menarik sebenarnya adalah – lagu tersebut turut sama diketahui oleh ramai lagi warga emas yang seusia dengannya.
BACA: Orang Malaysia Buat Hal Di Jepun Lagi!
Nenek aku nyanyi lagu masa jepun datang jajah tanah melayu hahahaha comel tang dia main drum😂 #SelamatHariKemerdekaan🇲🇾 pic.twitter.com/iOiVNIM284
— marr (@ammarrashiddd) September 2, 2017
Mula mendapat perhatian di Twitter, apa yang dinyanyikan oleh nenek tersebut turut membuatkan lebih ramai pengguna laman sosial tersebut berkongsikan video nenek dan juga datuk mereka menyanyikan lagu yang sama malah ada juga yang turut tersentuh dan merindui kaum keluarga mereka yang sudah tiada.
Selain itu, ada yang menyatakan bahawa lagu bertajuk Aikoku Koushin adalah lagu yang diajarkan oleh Jepun sebelum perang dunia ke-2 melanda. Melalui terjemahannya, lagu tersebut adalah lagu yang penuh bersemangat serta menyanjung tinggi negara Jepun (terjemahan video di bawah).
Perkongsian tersebut dalam masa yang sama ternyata mengundang memori lama insan yang pernah hidup di zaman pemerintahan Jepun satu ketika dahulu.
Tidak dapat dinafikan sekiranya setiap kali datuk dan nenek kita menyanyikan lagu tersebut, pastinya akan terlintas memori mereka di saat tersebut.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram