Boleh dikatakan kes keganasan rumah tangga kini semakin menjadi-jadi. Walaupun pelbagai inisiatif yang dilakukan untuk mengurangkan penderaan domestik, namun masih ada lagi kes-kes yang dilaporkan.

Terbaru, memetik laporan Harian Metro, seorang wanita di Butterworth, Pulau Pinang terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mendakwa suaminya berusia 43 tahun memukulnya dengan menggunakan seterika di rumah mereka.

BACA: Bunuh Ibu Kerana Teh Dibancuh Tak Cukup Susu

Punca suaminya yang merupakan seorang tukang besi itu tergamak memukul kepada isterinya hanya kerana lambat membancuh air minuman. Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, suspek berang terhadap isterinya yang sibuk membuat kerja rumah hingga lambat membancuh minuman untuknya.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, disebabkan menunggu terlalu lama, suspek tiba-tiba mengambil seterika baju dan terus memukul isterinya hingga menyebabkan kecederaan di kepala.

Mangsa berusia 26 tahun membuat laporan polis dan memaklumkan kejadian itu bukan kali pertama berlaku. Menurut mangsa, mereka berdua sering bergaduh akibat masalah tekanan hidup.

Susulan laporan daripada mangsa, pihak polis menahan suaminya. Siasatan mendapati suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan ujian saringan air kencing juga mendapati dia positif dadah.

Kecederaan yang dialami isterinya hanya calar di bahagian belakang kepala dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Seberang Jaya (HSJ). Suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kerana Teh Hijau, Turun 10KG Dalam Masa 2 Bulan
Gadis Ini Dedah Rahsia Turun Berat Badan 32Kg

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥