Lebih 15,000 Perkongsian, Ramai Terharu Video Surprise Birthday Ibu
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa adalah perumpamaan sesuai untuk menggambarkan perasaan seorang anak yang menyayangi ibu bapanya.
Seorang lelaki menjadi tular di laman sosial kerana dia membuat kejutan di hari lahir ibunya hingga membuat warga laman sosial terharu.
BACA: Tersedu Ibu Menangis Bila Terima Hadiah Dari Anak
Lelaki tersebut dikenali sebagai Faizal Faiz Farish memuatnaik video kejutan sempena hari lahir ibunya yang ke 57 tahun pada 30 Oktober lalu.
Menurutnya, dia hampir lupa mengenai tarikh hari lahir ibunya tetapi sempat mengingati kembali dan kemudian merancang untuk berlakon sakit dibantu oleh adiknya.
Pada mulanya, ibu Faizal kelihatan risau melihat anaknya muntah darah dan kelihatan tak bermaya untuk bergerak.
Kemudian, Faizal segera menunjukkan hadiah yang dibelinya kepada ibunya. Ternyata si ibu begitu terkejut hingga mengambil masa lama untuk menenangkan diri.
Selepas itu, adik Faizal menghulurkan kek dan ibu mereka kelihatan sungguh terkejut, terharu dengan kejutan yang paling dramatik ini.
Malah, warga laman sosial turut terkesan dengan gelagat anak-beranak itu yang jelas menunjukkan si anak begitu menyayangi ibunya.
Semoga hubungan kita dengan ibu bapa sentiasa baik kerana kita takkan wujud di dunia ini tanpa mereka yang sanggup bekerja keras demi memberikan yang terbaik untuk kita.
ARTIKEL BERKAITAN:
Demi Ibu, Lelaki Sanggup Jadi Wanita
Sanggup Kayuh Basikal 5 Hari Demi Beraya Dengan Ibu
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sedap Ke Beef Ribs di Tony Roma’s?
- SUMBER
- FB FAIZAL FAIZ FARISH