Lebih 20 Kali Diganggu Api Misteri
Walaupun ia kedengaran agak mustahil, namun api misteri benar-benar berlaku dan sudah ada beberapa mangsa telah mengalami pengalaman menakutkan itu di rumah mereka.
Berasal dari Marang, Terengganu, Mohd Zamri Sulaiman, 53 tahun, menceritakan detik-detik cemas yang berlaku dalam rumah yang dihuni bersama keluarganya di Rumah Awam Kos Rendah Bukit Payung.
BACA: Api Misteri Ikut Keluarga Pindah
Menurutnya, bukan saja api misteri mengganggu hidup mereka sekeluarga, tetapi pelbagai kejadian misteri turut berlaku di mana dia sendiri pernah melihat baju yang disusun di atas almari dicampak keluar secara tiba-tiba.
Selain itu, Zamri berkata dia sudah menyewa di rumah tersebut sejak tiga tahun lalu tetapi kejadian pelik mula berlaku sejak bulan Disember tahun lalu hingga membuatkan isteri dan anaknya menetap sementara di rumah saudara mereka.
Dia juga tak boleh berpindah ke rumah lain memandangkan masih mempunyai baki kontrak selama setahun dengan pemilik rumah itu.
“Saya sudah buntu memikirkan kejadian misteri yang berlaku di rumah kami sejak Disember lalu. Lebih 20 kali kami diganggu misteri ini termasuk kejadian tilam yang tiba-tiba terbakar tanpa sebab,” katanya.
Berikutan itu, dia telah mendapatkan khidmat 10 pengamal perubatan Islam namun ia tidak berhasil malah situasi menjadi semakin teruk selepas itu.
“Sekarang kami menggunakan kaedah perubatan tradisional dengan menabur lada hitam dan garam yang dibacakan dengan ayat al-Quran di dalam rumah tetapi ia sekadar meredakan keadaan dan tidak menyelesaikan masalah berkenaan,” jelasnya.
Sebelum ini, kejadian misteri itu bermula apabila beras di rumahnya seperti sengaja ditumpahkan ke lantai serta dicampurkan dengan gula, rempah, bawang, telur dan ubat-ubatan.
ARTIKEL BERKAITAN:
Gagal Padam Api, Pelajar Tahfiz Tekad Laung Azan
Nak Buang Air Tapi Nampak Kepala Bayi
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Nasi Arab Bayar Seikhlas Hati?
- SUMBER
- HARIAN METRO