Bukan mudah untuk kita mencapai berat badan ideal kecuali dengan berdiet dan bersenam. Ada juga susah untuk turunkan berat walaupun dah bersenam dan diet dengan cara yang betul. Lelaki berasal dari Australia ini berkongsi rahsia dia berjaya turunkan berat badan sebanyak 50 Kilogram (kg) selama setahun.

BACA: Amylea AF Kongsi Rahsia Turun Berat Badan 8Kg Sebulan

Sumber dari cari.com.my

Andrew Flinders Taylor mengamalkan diet makan kentang dan ubi keledek selama setahun tanpa mengambil sebarang makanan lain.

Menurutnya, jumlah kentang dan keledek diambil sehari adalah sebanyak 3kg. Tak hairan jika dia boleh berasa kenyang sepanjang hari kerana mengambil jumlah hidangan kentang yang agak besar.

Sumber dari cari.com.my

Malah, dia juga tak menggunakan sebarang minyak untuk menggoreng kentang tersebut. Hanya goreng kosong hingga masak kemudian makan seperti biasa.

Tambahnya, dia mendapat pelbagai khasiat dan vitamin menerusi kulit kentang dan bahan lain seperti susu jika dia membuat mashed potato dan menambah sos barbecue atau cili semasa makan kentang.

Sumber dari liputan6.com

Walau bagaimanapun, doktor tidak mengesyorkan diet diamalkan oleh Andrew berikutan ia tak dapat membekalkan semua vitamin dan mineral diperlukan badan.

Anda boleh amalkan diet sebegini tapi harus menambah makanan lain supaya diet menjadi seimbang seterusnya dapat mengurangkan berat badan dengan betul. Jangan lupa bersenam sekali ya!

ARTIKEL BERKAITAN:
Turun 67Kg Tak Sampai Setahun, Wanita Ini Kongsikan Tips Berkesan Untuk Kurus
Wanita Kongsi Kisah Turun Berat Lebih 40Kg

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Yang Kami Makan Di Kuala Terengganu?