Lelaki Ini Kongsi Tips Diet ‘Calorie Deficit’, Turun 42Kg Dalam 5 Bulan
Kuruskan badan bukan sesuatu yang mudah, ia memerlukan konsisten tinggi dan disiplin. Disebabkan itu, ada yang sanggup dengan mengambil pil kurus, tetapi hasilnya hanya sementara sahaja.
Kalau ikutkan ada bermacam tips diet dikongsikan di internet dan anda boleh cuba yang mana sesuai dengan anda. Tapi jika anda dah cuba macam-macam cara namun tidak memberi kesan, apa kata anda cuba cara yang dikongsikan lelaki ini.
BACA: Gadis Ini Kongsi Cara Tersendiri Turunkan Berat Badan 14Kg
Dengan mengamalkan diet ‘Calorie Deficit’, Abam Besar atau nama sebenarnya Hamiki Hamdan ini berjaya menurunkan berat badannya dari 120kg ke 78kg dalam tempoh 5 bulan sahaja.
Menurut Hakimi, dia berazam untuk kurus sejak berada di tingkatan 1 lagi, namun ia hanya angan-angan kosong sahaja.
Kata Hakimi, tips pertama untuk diet adalah tetapkan matlamat atau cari motivasi mengapa anda ingin kurus. Katanya, bila anda ada matlamat atau tujuan untuk turunkan berat badan, anda akan lebih bersungguh sungguh.
Katanya lagi, apa saja diet yang anda lakukan perkara asas yang anda perlu ambik tahu adalah pengambilan jumlah kalori.
Apa yang anda perlu tahu adalah apabila pengambilan kalori kurang, badan akan menukar lemak untuk membekalkan tenaga. Sebelum turunkan berat badan anda perlu tahu 80 peratus adalah daripada pemakanan dan 20 peratus daripada senaman.
Hakimi berkata lagi, setiap orang mempunyai keperluan kalori berbeza-beza bergantung tahap aktiviti individu tersebut.
Kata Hakimi, sebagai seorang pelajar dia memerlukan kalori sebanyak 2400 sehari, tetapi dia hanya mengambil 1000 kalori setiap hari untuk menurunkan berat badan.
Namun, dia mengakui tindakannya itu agak ekstrem serta meminta orang ramai tidak mengikut caranya itu.
Tidak lokek berkongsikan tips kurusnya, Hakimi turut berkongsikan aplikasi yang digunakannya untuk mengira pengambilan kalori hariannya. Malah, aplikasi tersebut turut mempunyai data untuk masakan Melayu.
Dalam pada itu, Hakimi turut menasihati mereka yang ingin kuruskan badan supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang. Ujarnya lagi, apa saja jenis diet yang anda amalkan, semuanya mempunyai asas yang sama iaitu ‘Calorie Deficit’.
Diharap apa yang dikongsikan oleh Hakimi ini boleh membantu anda semua. Kalau anda dah berjaya turunkan berat badan, bolehlah kongsikan tips kepada mereka yang lain pula.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Hakimi Hamdan