Lelaki Jujur Bayar Semula Makan Nasi Kak Wok
Dalam dunia yang serba moden sekarang, kejujuran adalah perkara yang paling dicari dalam diri setiap orang kerana ia mencerminkan peribadi seseorang itu. Antara contohnya seperti lelaki yang membayar semula harga nasi yang dimakannya.
BACA: Lagi Besar Payudara, Lagi Banyak Dapat Diskaun
Menerusi posting di akaun Instagram Kedai Nasi JJ TTDI yang terletak di TTDI Jaya, Shah Alam menceritakan seorang lelaki telah mengepos sejumlah wang bernilai RM10 bersama sepucuk surat.
Daripada surat itu lelaki yang tidak diketahui identitinya mengaku telah makan di kedai makan tersebut pada 31 Julai yang lalu bersama bosnya.
Menurut lelaki tersebut kebiasaannya bosnya akan membelanja makan namun oleh kerana dia terlewat beratur bosnya tidak dapat membayar harga makanan yang dimakan oleh lelaki tersebut.
“Saya memang tak berniat untuk makan memandangkan tiada cash, gaji belum masuk tapi diajak oleh bos saya segan nak menolak.
“Waktu kejadian saya terlambat sedikit masuk kedai sebab dalam kepala fikir macam-macam, bila bos beratur dah ada pelanggan lain di belakangnya dan bos terus kekaunter untuk bayar untuk dia sahaja,” ujar lelaki tersebut di dalam suratnya.
Surat yang dipos dari Johor itu juga mengandungi pengakuan lelaki tersebut bahawa dia bukan sengaja hendak mencuri makan atau makan secara percuma namun segan untuk mengakui kepada bosnya yang dia tidak mempunyai wang.
Nampaknya sikap jujur lelaki tersebut menerima pelbagai respon positif dari orang ramai bahkan memuji tindakan lelaki tersebut dan pemilik kedai makan tersebut kerana menerima maaf lelaki tersebut dengan baik.
Sikap yang ditunjukkan lelaki ini harus dijadikan contoh kerana sering kali terdapat cerita yang pelanggan datang makan di kedai makan tetapi lari untuk membayarnya.
VIDEO: Makan Tom Yam Sampai Tersedak?
- SUMBER
- Instagram Kedai Nasi JJ TTDI