Lelaki Kena Bogel Kalau Nak Masuk Pulau Ini
Walaupun ia kedengaran agak mengarut, namun itulah syarat yang dikenakan jika anda mahu pergi ke sebuah pulau di Jepun.
Malah, kaum wanita juga dilarang untuk datang ke pulau itu kerana ia dianggap tempat suci bagi kepercayaan mereka.
BACA: 7 Lokasi Menarik Di Malaysia Anda Wajib Ambil Gambar
Pulau Okinoshima terletak di Jepun ini merupakan tempat persinggahan para pedagang pada zaman dahulu hingga membentuk laluan ke semenanjung Korea dan China.
Malah, ia bakal tersenarai dalam Unesco sebagai pulau warisan dunia tidak lama lagi. Malah, hanya orang tertentu sahaja yang dapat memasuki pulau berkenaan.
Di samping itu, mereka hanya mengehadkan jumlah pengunjung kepada 200 orang sahaja untuk menyambut sambutan festival yang memakan masa selama dua jam selain harus mematuhi peraturan yang ketat jika mahu ke sana.
Pemeliharaan ketat diperlukan kini selepas ia tersenarai dalam Unesco. Ia akan menjadi berisiko jika 200 pengunjung terus dibenarkan datang ke pulau itu,” kata jurucakap bagi pihak pengurusan pulau tersebut.
Tambahan pula, Tokong Munakata Taisha, tempat suci di Okinoshima juga tidak memberi kebenaran pengunjung untuk ke sana untuk melindungi pulau itu daripada musnah akibat pengunjung-pengunjung yang datang.
Walau bagaimanapun, hanya ahli akademik dibenarkan datang untuk tujuan penyelidikan serta pemuliharaan pulau.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pintu Suka Hati Memang Wujud?
- SUMBER
- SINAR HARIAN