Lelaki Malboro Meninggal Dunia, Sepanjang Hayatnya Tak Pernah Merokok
Lelaki yang menjadi penyeri kotak rokok terkenal dari Amerika Syarikat (AS), Marlboro meninggal dunia pada 3 November lalu di usia 90 tahun.
Robert Norris adalah lelaki Malboro pertama dan model asal rokok rokok keluaran syarikat Philip Morris International Inc selama 12 tahun dan sinonim dengan gelaran ‘Marlboro Man’.
BACA: KKM: Vape, Rokok Elektronik Mungkin Akan Diharamkan
Namun, apa yang mengejutkan siapa sangka bahawa ‘Lelaki Malboro’ ini tidak pernah merokok sepanjang hayatnya.
Meskipun menerima bayaran lumayan, Norris memutuskan untuk menamatkan kontrak sebagai lelaki Marlboro kerana menyedari tabiat merokok amat berbahaya kepada kesihatan manusia. Malah, turut menasihati empat anaknya supaya menjauhi tabiat buruk berkenaan.
Selain Norris, lima lelaki lain pernah menjadi lelaki Marlboro namun kesemua mereka meninggal dunia akibat kanser berpunca daripada tabiat merokok yang kronik.
Norris membuat kemunculan pertama pada 1954 dan membintangi ratusan iklan rokok berkenaan di AS dan Eropah sebelum ia diharamkan di kaca televisyen pada tahun 70-an.
Terkenal dengan imej topi koboi, wajahnya turut terpampang di dada akhbar, majalah dan papan iklan di seluruh dunia.
ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Punca Buah Oren Baik Untuk Badan
Manggis Buah Kegemaran Ratu Victoria England?
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱
- SUMBER
- Sinar Harian