Lelaki Maut Kerana Makan Terlalu Banyak Buah Durian
Mungkin selepas ini anda perlu berhati-hati sebelum memakan sesuatu lebih-lebih lagi buah durian. Di Tangerang Selatan dekat Jakarta, Indonesia, seorang pemandu van mini ditemui mati dalam keadaan darah keluar dari hidungnya.
Dalma kejadian yang dilaporkan pada 19 Januari lalu itu, polis mengesyaki punca kematian pemandu berkenaan, Adie, 53 tahun kerana terlalu banyak makan buah durian.
BACA: Durian Tersenarai Antara 80 Makanan Paling Menjijikkan Di Dunia
Berdasarkan keterangan keluarga, mangsa menghidap penyakit darah tinggi. Ketua unit siasatan jenayah polis Tangerang Selatan, Alexander Yuriko memberitahu sehari sebelum kejadian, Adie memakan buah durian dengan jumlah yang banyak.
“Mangsa dikatakan meninggal dunia kerana tekanan darah tinggi dan memakan durian, menyebabkan saluran darahnya pecah dan hidungnya berdarah,” kata pihak polis.
Mayat mangsa ditemui oleh rakan-rakannya yang pelik apabila Adie tidak kelihatan mengambil penumpang sejak dari pagi.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Tribun Jakarta