Hidup ini ibarat roda, adakalanya kita di atas dan adakalanya kita di bawah. Tiada siapa dapat meneka apa yang terjadi dalam kehidupan kita di masa hadapan.

Seperti seorang lelaki ini, Sabrie Brahim dimana kehidupannya berubah 360 darjah apabila terlibat dalam satu kemalangan apabila dilanggar lori pada tahun 2015 dimana ketika itu dia baru saja mengecapi kehidupan lebih baik bersama isteri dan anak-anak.

BACA: Wanita OKU Gigih Jual Tepung Pelita Sambil Ditemani Anak

Kemalangan itu menyebabkan sebelah kakinya terpaksa dipotong kerana jangkitan kuman di bahagian tersebut. Kemalangan tersebut turut membuatkan Sabrie kehilangan upaya sehingga isterinya terpaksa berdikari menampung keluarga.

Meskipun mengalami gangguan emosi selepas kemalangan namun, Sabrie dan isteri tidak berputus asa. Sabrie mulai bangkit membantu isterinya mencari nafkah dengan mengusahakan perniagaan makanan ringan.

 

Namun, pasangan ini didiuga lagi apabila anaknya pula mengalami sedikit komplikasi kesihatan dan perlu menjalani rawatan susulan selepas pembedahan.

Menerusi perkongsiannya itu, Sabrie menyeru orang ramai yang ingin membeli barangan jualannya seperti ikan masin, popia serunding, popia nestum dan peria crispy bolehlah dapatkan daripadanya.

Perkongsian Sabrie itu mendapat respon positif daripada netizen yang meluahkan rasa kagum melihat kegigihan lelaki itu. Meskipun tidak sempurna seperti insan normal, namun tetap cekal mencari rezeki untuk menyara keluarga.

Malah, ada dikalangan netizen berkongsikan pautan berkenaan kepada netizen lain serta mendoakan agar perniagaannya terus berkembang dan dikurniakan rezeki lebih daripada hasil jualan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?