Lelaki Tikam Imam, Bengang Tidur Terganggu Dengan Bacaan Quran
Gara-gara berang tidurnya terganggu dengan bacaan al-Quran, seorang penganggur bertindak menikam imam di Masjid Kampung Apal, Jerteh, pagi Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 pagi ketika mangsa membaca al-Quran di ruang solat masjid sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali dari arah belakang.
BACA: Tak Mahu Lupa 30 Juzuk Quran, Bakal Doktor Jadi Imam Solat Terawih
Suspek kemudian menikam dada mangsa menggunakan objek tajam dan melarikan diri. Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan. Akibat kejadian itu, mangsa berusia 37 tahun itu menerima tujuh jahitan di kiri dadanya.
Siasatan awal mendapati mangsa adalah imam di sebuah surau di Kertih, Chukai dan pulang ke daerah ini kerana menguruskan jenazah ayahnya yang meninggal dunia kelmarin.
Susulan laporan dibuat mangsa di Balai Polis Jerteh, suspek berusia 23 tahun ditahan tidak lama kemudian dan pihak polis turut merampas pisau yang digunakan untuk menyerang mangsa.
Hasil soal siasat, suspek mengaku menikam mangsa kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang dikatakan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu tidurnya.
Jarak rumah suspek dan tempat kejadian kira-kira 100 meter. Dalam pada itu, suspek juga disahkan positif methamphetamine dan turut mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes mencederakan orang dan penyalahgunaan dadah.
Suspek direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.
ARTIKEL BERKAITAN:
Dah Kenapa Jual Ayam 30 Sen Seekor?
Ayam Goreng Samyang Pedas Meletup, Guna Sos Dominos Je!
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi
- SUMBER
- Harian Metro