Rakyat Malaysia terkenal dengan sifat suka berjenaka atau dengan bahasa sekarang, mudah terhibur hingga terbawa-bawa di laman sosial terutama Twitter.

Seorang lelaki berasal dari Amerika Syarikat menjadi tular kerana terikut-ikut lawak jenaka anak muda di laman sosial itu hingga dia popular di beberapa negara dengan video ‘gerak lu pape roger’.

BACA: Ini Kisah Di Sebalik Lagu Tak Tun Tuang

Sumber dari twitter.com

Segalanya bermula apabila seorang lelaki berasal dari California, Danny Medina, menyapa seorang warga Malaysia, Lutfi Azmi di ruangan komen video penyanyi David Archuleta dan kemudiannya mengikuti apa yang ditulis oleh lelaki itu iaitu ‘gerak lu pape roger’.

Bukan itu saja, Danny membuat beberapa video untuk menunjukkan dia menggunakan perkataan itu dalam kehidupan hariannya bersama rakan-rakan. Kelakar betul tengok dia bercakap dalam bahasa kita.

Selain itu, beberapa warga Malaysia dilihat mengajar Danny beberapa ayat lain seperti ‘merecik’, ‘merecik hawau’, ‘on tak on’ dan ‘nakharam’. Rasa nak tergelak bila melihat Danny bertutur dalam bahasa Malaysia. Kelakar!

Malah, dia juga menggunakan tanda pagar ‘#MalayGang’ dalam kebanyakan video. Danny juga sanggup menukar nama di Twitter dari Danny Medina kepada Danny Malaysia.

Berikutan videonya mendapat sambutan hangat, Danny yang semakin popular sejak membuat video-video tersebut mahu datang ke Malaysia untuk berjumpa warga Malaysia yang sangat sporting dan kelakar.

ARTIKEL BERKAITAN:
‘Adidas Kampung’ Popular Di Musim Banjir
Chef Wanita Buatkan Daun Pandan Popular Di UK

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berbaloi Ke • EP1: Burger RM4.50 Vs Burger RM138