Lelong Dara Demi Ibu
Seorang anak sanggup melakukan apa saja demi keselesaan dan kesenangan untuk ibu tercinta. Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun sanggup membuat lelongan dara dirinya untuk membeli rumah baru untuk ibunya di Minas Gerais, tenggara Brazil.
BACA: Sanggup Jual Dara Demi iPhone 8
Rosalie Pinho, berkata tujuan dia melelong dara adalah kerana dia mahu membeli rumah baru untuk ibunya yang berjumlah £745,000 (RM4.12 juta).
“Saya buat untuk keluarga saya. Terdapat tujuh orang dalam keluarga kami. Selepas bapa meninggalkan kami 10 tahun lalu, semuanya menjadi begitu sukar,” katanya kepada Mirror Online.
Menurutnya, dia berbuat demikian disebabkan oleh faktor kewangan keluarganya membuatkan dia menerima tawaran tersebut.
Terkini, dia telah menerima tawaran sebanyak £438,000 (RM2.42 juta) selepas 12 jam membuat lelongan dan berharap dapat menerima tawaran lebih tinggi sebelum tempoh lelongan itu berakhir pada bulan Mei ini.
Disebabkan itu, Rosalie menerima banyak komen negatif secara online mengenai tindakannya melelong dara yang dimilikinya itu.
Mungkin itu satu cara terakhir bagi dirinya mendapatkan wang yang banyak dalam tempoh singkat bagi membeli rumah untuk ibunya.
ARTIKEL BERKAITAN:
Ibu Kandung Lacurkan Anak Perempuan Demi Bayar Hutang
Demi Ibu, Lelaki Sanggup Jadi Wanita
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Ini Bukan Biskut Rokok!
- SUMBER
- MSTAR