Kisah pelancong China yang membuat onar di negara yang dikunjungi bukan lagi perkara baru yang hangat diperkatakan. Disebabkan sikap mereka yang tidak bertimbang rasa dan pengotor, banyak negara yang kurang senang dengan kedatangan mereka. Jika di negara orang pun mereka boleh buat hal, apatah lagi di negara mereka sendiri.

Namun baru-baru ini, sebuah syarikat mahu mengubah persepsi tersebut dengan memperkenalkan cara ‘luar biasa’ untuk membuktikan tandas mereka juga bersih dengan meletakkan makanan di tempat buang air kecil.

BACA: Pelancong China Buat Hal Lagi, Kencing Di Surau MRT

Sudah menjadi tradiri buat pekerja di Tenfu Group, firma di Zhangpu, yang menjual produk teh, akan memakan kuih mochi yang diletakkan di tempat buang air kecil di pejabat, oleh pengurus mereka sendiri untuk buktikan tandas mereka bersih.

Sebuah video menunjukkan pengurus firma tersebut meletakkan mochi di tempat buang air kecil dan menggaulkan kuih itu beberapa kali, sebelum memakannya, diikut pekerja lain.

Sebuah lagi video pula menunjukkan pekerja menyiapkan meja makan di dalam tandas dan makan beramai-ramai. Pengurus menjelaskan ia merupakan sebahagian daripada program latihan untuk menjadi penyelia.

Lebih mengejutkan tradisi tersebut sudah diamalkan oleh firma itu selama 25 tahun. Tukang cuci syarikat itu juga memberi jaminan bahawa tandas itu terlalu bersih sehingga boleh dijadikan tempat makan kerana mereka sentiasa cuci sehingga tiada bau.

Harap tradisi seperti ini tidak terjadi di Malaysia. Banyak cara lain boleh dilakukan untuk buktikan tandas bersih. Terus loya tekak tengok video tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:
Restoran ‘All You Can Eat’ Tutup Sebab Orang Makan Banyak Sangat
China Ingin Tanam Kentang Di Bulan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Baru Nasi Kandar Di Penang?