Lihat Bagaimana Tembikai Dibentuk Jadi Gaun
Sebelum ini kita melihat beberapa gaun unik dihasilkan seperti gaun piza, taco dan sebagainya menjadi bualan hangat warga laman sosial, kali ini giliran buah tembikai pula dijadikan gaun.
Namun, ia agak berbeza dari gaun-gaun sebelum ini kerana buah tembikai yang sebenar diperlukan untuk membuat gaun tembikai.
BACA: Roti Bakar Unicorn Wujud Di Malaysia?
Beberapa orang di Amerika Syarikat mendapat idea untuk memotong buah tembikai dan mengukirnya sehingga menjadi gaun sebelum meletakkannya di hadapan rakan atau ahli keluarga mereka seolah-olah mereka sedang memakai gaun tembikai tersebut.
Walaupun ia kelihatan tidak masuk akal, namun jika gambar diambil dari sudut yang tepat, anda akan kelihatan seperti sedang memakai gaun tembikai yang sebenar.
Terdapat beberapa jenis reka bentuk gaun yang menarik serta mencuit hati apabila dilihat lebih-lebih lagi jika ia di’pakai’kan ke atas seorang lelaki.
Malah, gaun tembikai mampu membuatkan si pemakai nampak comel terutama bayi dan kanak-kanak. Lihat sahaja gaya mereka setelah memakai gaun tembikai pasti akan membuatkan anda juga turut tersenyum.
Walaupun tembikai boleh dijadikan gaun, namun ia tidak menjadi alasan untuk anda membazir buah itu hanya kerana ingin mengikuti trend ini. Selepas puas mengambil gambar, jangan lupa makan sehingga habis tembikai itu ya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Lepas Makan Mee Kari, Kita Petik Strawberry
- SUMBER
- MASHABLE