Logikkah Harga Kasut Wanita Paling Mahal Ini?
Kasut bukan sahaja melindungi kaki dari terpijak objek tajam, tetapi ia juga adalah fesyen kepada golongan wanita. Tak hairan la jika wanita sanggup berbelanja lebih demi mahu mendapatkan rekaan kasut paling cantik dan mengikuti gaya terkini.
BACA: Daki Gunung Sambil Pakai Kasut Tumit Tinggi?
Pernahkah anda terfikir untuk membeli kasut termahal di dunia ini? Ia dikatakan berharga AS$15.1 juta (RM64 juta).
Kasut tumit tinggi tersebut direka oleh seorang pereka berasal dari United Kingdom (UK), Debbie Wingham yang mereka kasut itu dengan berlian biru dan merah jambu.
Berlian tersebut berharga AS$128,000 (RM543,146). Jika satu berlian hilang, pasti pemilik kasut akan berasa sedih kerana berlian yang digunakan untuk mereka kasut tumit tinggi ini amat mahal.
Wingham bekerjasama dengan seorang penggiat seni berasal dari Florida, Chris Campbell untuk menyiapkan kasut paling mahal di dunia.
Dia membuat rekaan kasut manakala Campbell pula ditugaskan untuk memasang batu berlian pada kasut tersebut.
Kasut paling mahal itu direka untuk sebuah keluarga berasal dari Dubai sempena sambutan ulang tahun.
ARTIKEL BERKAITAN:
Beginilah Harga Madu Termahal Di Dunia
Ini Harga Nasi Paling Mahal Di Singapura!
Lukisan Cincai Donald Trump Dijual Hampir RM70,000!
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sumpah Best Makan Tepi Pantai Macam Ni
- SUMBER
- MSTAR