Maafkan Kami, Beruang Kutub!
Bayangkan jika manusia kelaparan untuk tempoh yang agak lama kerana kesukaran mencari makanan, pastinya ramai yang tak dapat meneruskan kehidupan mereka.
Itulah yang terjadi kepada golongan beruang kutub yang menjadi tersangat kurus akibat sukar mencari makanan kerana pemanasan global.
BACA: Ini Padahnya Bila Tak Takut Mati
Sebuah video di laman sosial membuktikan bahawa fenomena pemanasan global dan perubahan iklim kini pada tahap membimbangkan hingga mengancam kehidupan haiwan tersebut.
Rakaman itu dirakam oleh seorang jurugambar, Paul Nicklen dan penyokong pemuliharaan kumpulan Sea Legacy menunjukkan seekor beruang kutub merayau-rayau dengan perlahan untuk mencari makanan.
Tak lama kemudian, haiwan itu rebah ke tanah dipercayai tak cukup makan kerana kesukaran mencari sumber makanan.
“Kumpulan tak dapat menahan sebak ketika mendokumentasikan keadaan beruang kutub yang menyayat hati di Pulau Baffin di Kanada, akhir musim panas lalu,” katanya.
Menurutnya, ia dipanggil ‘kelaparan’ atau Atrofi otot kerana tiada tenaga dan haiwan itu akan mati secara perlahan-lahan di mana ia sangat menyeksakan, lapor worldnews.
ARTIKEL BERKAITAN:
Jual Air Zam Zam Kena Penjara?
Kenali Ciri-Ciri Musang King Dengan Betul
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Tercekik Seluar? | Mail Time #4
- SUMBER
- SINAR HARIAN