Macam Makan Di Hotel, Bank Islam Belanja Buka Puasa Setiap Hari
Bagi mereka yang bekerja di sekitar Kuala Lumpur, pasti ramai di antara anda yang terpaksa pulang dalam keadaan tergesa-gesa kerana bimbang tak sempat untuk berbuka puasa di rumah.
Kalau terlewat sikit keluar dari pejabat, memang terpaksa berbuka dalam kereta. Baru-baru ini tular perkongsian seorang pengguna Facebook yang berkongsikan pengalamannya berbuka puasa di Menara Bank Islam, Kuala Lumpur kerana tidak sempat berbuka puasa di rumah.
BACA: Waktu Berbuka Puasa Di Burj Khalifa Berbeza Ikut Tingkat
Menurut Shafiq, majlis berbuka puasa anjuran Bank Islam itu seperti menjamu selera di hotel terkemuka. Paling penting, anda boleh makan secara percuma di sana. Katanya lagi, pelbagai jenis juadah disediakan.
Difahamkan, program berbuka puasa anjuran Bank Islan itu diadakan setiap hati bekerja sepanjang bulan Ramadan. Untuk pengetahuan anda, ianya diadakan pada setiap tahun.
Buat mereka yang tak sempat untuk pulang berbuka puasa hari ini, boleh la singgah ke Menara Bank Islam untuk berbuka bersama warga Kuala Lumpur serta menunaikan solat Terawih.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Ramai Gagal Masuk Bakeri Ini Tanpa Keluar Beli Apa-Apa 😱
- SUMBER
- Facebook Shafiq Fhadly