Macaron Unicorn Yang Comel Gila!
Kini tema Unicorn begitu popular untuk dijadikan tarikan kepada orang ramai. Rupanya yang comel dan berwarna pastel lembut pasti memikat hati sesiapa yang melihatnya. Jika sebelum ini pihak rangkaian minuman terkemuka dunia, Starbucks mengeluarkan air berperisa Unicorn, kini macaron berbentuk Unicorn menjadi trend terkini.
BACA: Roti Bakar Unicorn Wujud Di Malaysia?
Ia mempunyai bentuk menyerupai Unicorn seperti tanduk dan juga telinga yang kelihatan sangat comel. Sesuai sangat jika macaron Unicorn ini dihidangkan ketika anda ingin menyambut hari lahir anak anda dan mereka pasti akan menyukainya.
Selain bentuk yang comel, anda juga boleh hiasi macaron ini dengan hiasan yang berwarna warni supaya ia kelihatan lebih menarik.
Bahkan, macaron berbentuk kon aiskrim dengan Unicorn juga wujud. Bagi yang sukakan kelainan, macaron ini pasti menjadi pilihan anda kerana bentuknya berbeza dengan macaron biasa berbentuk bulat.
Selain macaron berbentuk Unicorn, terdapat juga macaron berwarna pastel seakan warna Unicorn yang menarik seperti gabungan warna biru lembut dan merah jambu.
Sebenarnya, ramai peminat unicorn yang ada di serata dunia. Malah, di Malaysia juga terdapat peminat Unicorn yang gemar mengumpul dan mencari barangan atau makanan bertemakan Unicorn kerana minat mereka yang begitu mendalam terhadap Unicorn.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Ini Sebab Anda Kena Makan Di Wondermilk. Sedap!
- SUMBER
- IDN TIMES