Mahalnya! 2 Biji Mangga Jepun Ini Berharga RM14,000
Mahal betul! Dua biji mangga yang dikatakan terbaik dan paling sedap di Jepun ini dijual dengan harga hampir RM15,000.
Mungkin ada diantara anda mengatakan tidak berbaloi untuk menghabiskan wang berbelas ribu ringgit untuk menikmati dua biji buah mangga. Namun, tidak bagi sesetengah warga Jepun yang sanggup bayar mahal hanya untuk buah mangga.
BACA: 5 Jenis Buah Termahal Di Dunia
Akhbar The Japan Times melaporkan kedua-dua buang mangga jenama Taiyo no Tamago atau bermaksud telur matahari itu dilelong pada harga ¥400,000 (kira-kira RM14,616) di Daerah Miyakazi baru-baru ini.
Persekutuan Ekonomi Pertanian Miyazaki menyatakan mangga yang dijual itu dipilih di bawah kriteria amat teliti.
Untuk mencapai kriteria tersebut, berat mangga tersebut mestilah melebihi daripada 350 gram dan memiliki rasa sangat manis serta lebih separuh daripada kulitnya hendaklah berwarna merah muda.
Dua mangga yang dilelong itu memecahkan rekod harga paling tinggi berbanding tahung lalu.
Sempena ulang tahunnya yang ke-20, Timbalan Gabenor Wilayah Miyazaki, Yukitoshi Gunji berikrar akan terus berusaha mempromosikan jenama popular tersebut di peringkat global.
Agak-agak ada tak sesiapa nak beli mangga ni. Nak beli mangga biasa dekat pasaraya pun berkira-kira, apatah lagi nak belanja RM14,00 untuk beli buah mangga ini.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Tony Roma’s Belanja Kami Makan Malam
- SUMBER
- Mynewshub