Sebelum ini tular di media sosial apabila netizen mempersoalkan status halal rangkaian kedai minuman bubble tea terkemuka iaitu Xing Fu Tang.

Malah netizen turut menggesa peminat minuman tersebut khususnya yang beragama Islam agar berhenti membeli minuman tersebut sehingga kesahihan status halalnya terjamin.

BACA: Netizen Persoal Status Halal Xing Fu Tang & The Alley?

We are proud to announce to all our customers that Xing Fu Tang has been certified halal by Majelis Ulama Indonesia…

Posted by Xing Fu Tang Malaysia 馬來西亞幸福堂 on Ahad, 21 Julai 2019

Berita baik buat peminat minuman bubble tea Xing Fu Tang, anda boleh minum tanpa rasa was-was lagi. Facebook Xing Fu Tang Malaysia memaklumkan minuman mereka disahkan halal oleh Majelis Ulama Indonesia.

Dalam satu kenyataan pihak Xing Fu Tang memberitahu mereka kini dalam proses terakhir untuk mendapatkan sijil halal yang diperakui oleh pihak JAKIM.

Pihaknya turut menjelaskan, Mejelis Ulama Indonesia (MUI) adalah satu badan Halal yang diiktiraf oleh JAKIM.

Jadi tiada lagi rasa was-was untuk minum minuman kegemaran anda selepas ini. Tapi pastikan anda rasa was-was untuk minum secara berlebihan bimbang menyebabkan diabetes pula nanti.

ARTIKEL BERKAITAN:
Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?