Makan Di Restoran Ini Boleh Bayar Seikhlas Hati
Dengan kos sara hidup semakin meningkat, bukan mudah untuk menjual makanan dengan harga yang murah di zaman yang serba mahal ini. Bayangkan kalau dulu RM50 boleh dapat satu troli, sekarang hanya satu bakul.
Namun berbeza dengan Restoran Dapur Infaq Ummah di Kuantan ini yang mengamalkan konsep bayar seikhlas hati.
BACA: Peniaga Ini Jual Semua Makanan RM1 Demi Keberkatan
Penggerak Dapur Infaq Ummah Kuantan, Badrul Jamili Kamaruddin berkata, pelanggan boleh memilih makanan dan membayar seikhlas hati dengan hanya memasukkan duit ke dalam kotak di kaunter bayaran.
Memulakan konsep tersebut sejak tiga bulan lalu, niat Badrul adalah mahu membantu mereka yang kurang berkemampuan seperti pelajar dan golongan asnaf di sekitar kawasan tersebut.
“Konsep yang kita buat ini bukanlah hendak mencari keuntungan yang besar tetapi untuk membantu masyarakat.
“Kita tidak bimbang rugi kerana yakin ALLAH akan bayar keuntungan itu kerana niat asal adalah untuk berniaga sambil membuat pahala,” katanya kepada Sinar Harian.
Menu yang disediakan di restoran ini ialah roti tempayan kuah kambing, kari ayam, nasi lemak, pulut, mihun dan pelbagai kuih lain.
Menurut peniaga berusia 45 tahun itu, dia menggangap setiap pelanggan yang datang adalah tetamu yang membawa keberkatan dalam perniagaannya.
Badrul memberitahu, wang yang diterima di dalam tabung itu akan disedekahkan kepada mereka yang memerlukan kepada golongan asnaf dan gelandangan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
MyFirstTime: Jadi Ke Tidak Buat Blueberry Pie?
- SUMBER
- Sinar Harian