Makan Fast Food, Lelaki Ini Kongsi Tips Turun 32 Kg Dalam 67 Hari
Dengan teknologi serba canggih dan semuanya hanya dihujung jari sahaja, kini semakin ramai yang mengamalkan makan secara sihat dan tidak lokek berkongsikan tips bagaimana untuk turunkan berat badan.
Kalau ikutkan tidak semua orang boleh gunakan cara diet yang sama untuk menurunkan berat badan. Seperti pemuda ini, siapa sangka walaupun makan fast food namun masih boleh menurunkan berat badan sebanyak 31 kilogram dalam masa 67 hari.
BACA: Gadis Ini Kongsi Tips Kecilkan Peha, Turun 10 Kg Dalam Sebulan
Makan fast food pun boleh kurus?
Yup!
Ini adalah thread bagaimana saya turun 31kg dalam masa 67 hari. pic.twitter.com/ReEvAWtk2o
— Tendō 壱 (@shmlhzm) September 9, 2019
Dikongsikan menerusi Twitter, pemuda tersebut yang menggunakan nama @shmlhzm mengingatkan tips yang dikongsikan itu adalah berdasarkan pengalamannya sendiri.
Membuka mukadimah, pemuda itu memberitahu ramai yang mengatakan dia tidaklah terlalu gemuk, tetapi melihatkan BMI berat badannya dikira berlebihan.
Menurutnya, pada tahun 2008 berat badannya mencecah 90kg dan terpaksa memakai pakaian bersaiz XL. Luahnya lagi, ketika itu dia malu untuk masuk ke butik pakaian berjenama yang tidak menyediakan saiz baju untuk badannya.
Pemuda itu turut berkongsikan apa yang memberikannya motivasi untuk menurunkan berat badan dimana dia tertarik dengan jurulatih Jillian Michaels yang sangat memberikan inspirasi.
Berkongsikan tips untuk turunkan berat badan, pemuda itu memberitahu dia mangamalkan makan mengikut kalori iaitu hanya 1800 kalori yang boleh diambil dalam sehari. Tetapi, dia mengurangkan kalori tersebut menjadi 1500 kalori sehari.
Menariknya, pemuda ini berkata dia makan semua benda termasuk nasi, makanan segera, manisan dan macam-macam lagi, tetapi masih menjaga jumlah kalori yang diambil.
Katanya lagi, dia merupakan peminat Ayam Goreng McD dan sekurang-kurangnya akan makan menu tersebut seminggu sekali.
Untuk senaman pula, dia hanya melakukan senaman basikal selama 30-40 minit sehari, sit up sebanyak 200 kali, crunches 100 kali and dumbbell lifting. Kesemua senaman dilakukan selama satu jam sehari dan diamalkan setiap hari.
Sekarang pakai saiz XS, saiz pinggang jadi 28
Tak susah nak kurus, apa yang penting disiplin
Dalam pada itu, pemuda itu turut berkongsikan nasihat kepada mereka diluar sana untuk menurunkan berat badan. Ujarnya, tak susah untuk menurunkan berat badan apa yang penting adalah disiplin.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Twitter shmlhzm