Boleh dikatakan banyak peniaga sekarang hanya fikir untuk mengaut keuntungan sahaja. Tetapi bagaimana pula dengan persekitaran kedai, kebersihan, kualiti makanan sama ada sedap atau tidak dan layanan kepada pelanggan.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter ini berkongsikan pengalamannya makan di sebuah warung nasi lemak di Kuala Lumpur dimana harga makanan yang dikenakan tak terjangkau dek akal.

BACA: Caj Sirap RM18, Restoran Asam Pedas Diberi Notis Amaran

Menurut pemuda itu, dia dan enam lagi rakannya makan nasi lemak di sebuah warung sekitar Chowkit. Nasi lemak yang dijual di kedai berkenaan barharga RM1 sebungkus. Tetapi apa yang mengejutkan mereka dikenakan harga RM100.

Ujarnya mereka makan 20 bungkus nasi lemak, 7 cawan teh o ais, lauk bontot ayam, paru, rendang daging, telur sambal. Katanya lagi, harga untuk nasi lemak RM20, untuk air pula RM20. Tetapi untuk lauk dikenakan harga sehingga RM60.

Bukan saja makanan yang dijual mahal, malah layanan kedai tersebut juga disifatkan sangat kurang ajar. Ujarnya lagi, tidak dapat bayangkan bagaimana jika ada keluarga susah makan dikedai tersebut tetapi dicaj sehingga RM50.

Apa yang membuatkan pemuda itu tidak berpuas hati adalah gerai tersebut hanya gerai biasa yang terletak di tepi jalan tetapi harga makanan seperti di pusat membeli belah.

Kecewa dengan isu tersebut, pemuda itu turut membuat carian mengenai gerai tersebut dan mendapati ramai pelanggan lain sudah terkena dan serik untuk makan di gerai berkenaan.

Telur puyuh 5 ketul RM15

 


Daripada ulasan orang ramai, tidak dinafikan gerai nasi lemak itu cukup popular kerana rasanya yang sedap namun ada yang mengatakan harga yang dikenakan sangat mahal dan layanan pekerja sangat teruk.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?