Sejak kecil lagi kita sering dipesan oleh orang tua kita supaya makan perlahan-perlahan dan jangan gelojoh.

Ada sebabnya kenapa orang tua berpesan sebegitu malah satu kajian juga mendapati banyak kebaikan diperolehi jika kita makan secara perlahan.

BACA: Wanita Terengganu Paling Ramai Diabetes Di Malaysia

Sumber dari businessinsider.com

Menurut Associated Press of Pakistan (APP), salah satu cara untuk menentukan seseorang itu berisiko terkena penyakit jantung, strok dan diabetes adalah melalui cara mereka makan.

Kajian awal mendapati makan dan kunyah secara perlahan membantu melambatkan sistem metabolik seperti tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti serta kolesterol tak normal.

Sumber dari foodbeast.com

Selain itu, cara makan seperti itu merupakan faktor penting dalam penjagaan kesihatan dan tubuh badan, menurut laporan American Heart Association Scientific Sessions 2017.

Malah, kajian dari Universiti Hiroshima, Jepun mendapati sebanyak 11.6 peratus berpotensi mengalami sindrom metabolik daripada mereka yang makan secara biasa (6.5 peratus) dan perlahan (2.3 peratus).

Sumber dari squarespace.com

Bukan itu sahaja, kunyah secara perlahan membolehkan otak anda menerima isyarat kenyang dan anda boleh berhenti makan sebelum terlalu kenyang dan berisiko untuk mendapat obesiti.

Untuk pengetahuan anda, makan secara laju akan menyebabkan berat badan naik, saiz pinggang lebih besar dan tahap glukosa dalam darah lebih tinggi. Banyak keburukan dari kebaikan jika kita mengamalkan cara makan seperti ini.

ARTIKEL BERKAITAN:
“Petai Tak Boleh Pulih Sakit Kronik”
Kajian: Hampir Suku Populasi Dunia Mengalami Obesiti

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Rasa Jering Rebus Di Terengganu?