Makan Maggi Pakai Tangan, Beby Tora Minta Followers Cuba
Sebut saja Instafamous makan-makan, Nor Atierah Zulfatie atau lebih dikenali dengan nama Beby Tora antara yang paling popular dikalangan netizen.
Pasti ramai tahu Beby Tora sememangnya terkenal dengan cara makannya menggunakan tangan. Sehinggakan ramai yang mengecam tindakannya menikmati hidangan mee atau maggi menggunakan tangan.
BACA: Senangnya Buat Muruku Rangup, Guna Mee Kuning Je!
Bagaimanapun, menerusi Instagram, Beby Tora menjelaskan tidak salah makan maggi menggunakan tangan. Apa yang tidak betul adalah makan sup menggunakan tangan.
Katanya lagi, makan maggi menggunakan tangan lebih puas, malah Beby Tora turut meminta pengikutnya untuk mencuba caranya itu.
Terliur dengan video makan yang dimuat naik olehnya, ramai netizen mengatakan makan mee menggunakan tangan adalah perkara normal. Malah ada yang mengatakan mereka makan laksa menggunakan tangan.
Apa pendapat anda makan mee menggunakan tangan? Perkara biasa atau pelik?
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Media Hiburan