Makan Meggi Dalam Gayung Masjid Buat Ramai Sebak
Siapa yang tidak sebak melihat seorang remaja lelaki makan mee segera menggunakan gayung masjid kerana dia tidak makan sejak dari waktu persekolahan hingga ke petang. Seorang sukarelawan menolongnya dan turut berkongsi gambar dan kisah mengenai hakikat kehidupan rakyat terbawah.
BACA: Pemain Ragbi Malaysia Buat Penonton Sebak
Pengasas Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO) ThirdForce, Raja Shamri Raja Husin berkongsi kisah menyayat hati tersebut di akaun laman sosial Facebook miliknya yang diceritakan oleh salah seorang sukarelawan ThirdForce, Adi kepadanya.
Menurutnya, kesusahan yang dilalui oleh remaja lelaki tersebut menjelaskan situasi sebenar yang dilalui oleh rakyat ‘terbawah’ di negara kita.
“Saya tanya dah makan nasi ke belum? Jawabnya tak makan lagi dari pagi masa sesi persekolahan lagi. Ntah dia dapat maggie dari mana pun saya tak tahu. Katanya dia ke masjid untuk solat dan kerana di situ disediakan mesin air sejuk dan panas,” tulis Adi yang dikongsi oleh Raja Shamri.
“Nampak sangat kelaparan sungguh budak ini. Sebelum meninggalkannya, saya tinggalkan RM10 untuk dia beli nasi bawa balik rumah,” tambahnya lagi.
“Dia terima duit tu sambil bergenang air mata seperti ingin memberitahu sesuatu. Katanya dia anak sulung daripada empat beradik dari keluarga susah,” jelasnya.
Kisah itu mendapat perhatian warga laman sosial Facebook dan ramai yang melahirkan rasa simpati terhadap anak muda ini.
Semoga ada pihak yang sudi tampil memberikan bantuan kepada keluarga remaja lelaki tersebut agar dia dapat belajar dengan lebih selesa untuk mengubah nasib keluarganya satu hari nanti.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Awat Nama Dia Siakap & Daging Lempaq?
- SUMBER
- MSTAR