Perut seorang wanita warga Australia dilaporkan membesar 5 kali ganda selepas menikmati mi jepun yang didakwa tidak dapat dicerna selama 2 minggu.

Wanita berusia 61 tahun itu mengadu sakit perut dan muntah selama 10 hari di jabatan kecemasan Cabrini Health di Melbourne.

BACA: 7 Jenis Mee Yang Terbaik Di Asia

Wanita itu memberitahu, dia mula merasai simptom tersebut selepas makan mi Jepun konjac ketika perut kosong.

Menurut doktor yang merawatnya, hasil pemeriksaan mendapati perut wanita itu di penuhi dengan mi yang tidak dapat dicerna dan menyebabkan penyumbatan.

Jenama mi konjac tersebut tidak dedahkan, namun dilaporkan mi itu dibeli dari pasaraya tempatan di Melbourne.

Dr. Ben-Meir mendedahkan, mi itu selamat untuk dimakan namun ia mungkin berisiko untuk kesihatan jika tidak dimasak dengan betul.

“Mi itu tidak jatuh ke bawah dan telah menyekat perutnya. Disebabkan itu perutnya semakin membesar lima kali ganda daripada yang sepatutnya.

Mi konjac dibuat daripada ubi dan baru-baru ini popular kerana keberkesanannya untuk menurunkan berat badan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Hidang Wantan Mee Halal, Kedai Kena Serbu
Ini Cara Masak Maggi Bila Putus Cinta

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sumpah Best Makan Tepi Pantai Macam Ni