Isu makanan mahal bukanlah perkara baru yang berlaku di negara ini lebih-lebih lagi pada tahun ini. Disebabkan itu, orang ramai lebih berhati-hati ketika makan di luar terutama kedai atau gerai tepi jalan.

Seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia dan pasangannya dicaj RM100 ketika makan di sebuah kedai makan tepi jalan di negeri Pahang.

BACA: Beginilah Harga Madu Termahal Di Dunia

Menurut wanita yang dikenali sebagai Feyqa Maria di laman sosial Twitter, dia mempersoalkan harga makanan yang diambilnya itu tak sesuai.

“Weh memang gini ke kedai ni? ke laki aku makan ikan duyung?,” soalnya jika betul kedai tersebut memang mahal atau sebaliknya.

Mengikut resit tersebut, memang agak mahal harga yang dicaj kepada pasangan itu kerana nasi putih sahaja sudah mencecah RM4 hingga RM8. Memang tak masuk akal harga nasi putih mahal macam tu.

Bukan itu sahaja, lauk yang diambil juga dikenakan caj yang agak tinggi iaitu RM36 hingga RM46 bagi lauk udang sambal.

Dia memberitahu, ketika itu suaminya bertugas di luar kawasan serta baru pertama kali ke Pahang dan kerana itu mereka mahu makan di gerai tepi jalan sahaja.

Gerai itu dikatakan terletak di Kampung Leban Chondong, Kuala Rompin, Pahang. Pelbagai reaksi diterima oleh warga laman sosial mengenai isu ini.

Ada yang mengatakan harga udang galah sememangnya mahal dan ada juga terkejut kerana harga dikenakan terlalu mahal bagi dua ekor udang galah.

Walau bagaimanapun, pemilik gerai tersebut pasti mempunyai sebab kenapa harga dikenakan agak mahal berbanding kedai makan lain.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Harga Nasi Paling Mahal Di Singapura!
Ini Punca Harga Secawan Kopi Jadi RM265

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Harumanis: Macam Tak Masak Tapi Dalam Dia Manis Betul!