Makan Pizza Setiap Hari Tapi Berat Turun
Ramai menyangka makan pizza boleh menaikkan berat badan lebih-lebih lagi jika anda tambah keju lebih. Tetapi, seorang lelaki ini berjaya membuktikan bahawa ia bukanlah makanan yang boleh membahayakan kesihatan dengan memakan pizza pada setiap hari selama 367 hari.
BACA: Pizza Hut Sunway Pyramid Guna Robot?
Brian Northrup berasal dari New Jersey, Amerika Syarikat memiliki badan tegap walaupun dia makan satu set pizza bersaiz sederhana setiap hari.
Dia berkongsi perjalanan cabaran PIZZAPOCALYPSE itu dengan merakam dirinya sedang menikmati pizza selama setahun.
Selain itu, dia dikenali sebagai βLord of Pizzaβ juga berkongsi rahsia mengekalkan bentuk badan dengan melakukan senaman kecergasan yang extreme termasuk sesi mengangkat badan selama sejam sebanyak tiga hingga empat kali seminggu dan mengamalkan senaman kardio.
Bukan itu sahaja, Northrup akan berjumpa doktor untuk mengetahui kadar kolestrol dan sodium dalam badannya beberapa kali. Doktor memberitahu dia berada dalam keadaan sihat.
Pada hari terakhir cabaran PIZZAPOCALYPSE, Northrup memakan tiga set pizza bersaiz medium dan perkara mengejutkan berlaku apabila berat badannya turun sebanyak dua kilogram pada keesokan hari!
Tambahnya, dia menyatakan keadaan kesihatannya sekarang adalah lebih baik berbanding sebelum ini.
Nampaknya pizza bukanlah sejenis makanan yang membahayakan kesihatan kita jika kita boleh mengimbangi saiz hidangan dan melakukan senaman yang sesuai untuk membakar kalori.
ARTIKEL BERKAITAN:
Pizza Unicorn Pulak Sekarang
Pencipta Piza Hawaiian Meninggal Dunia
Luluh Hati Tengok Piza Tanpa Keju & Sos Ini
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Apa Nama Aiskrim Rasa Lemon Tu & Kek Wajib Cuba?
- SUMBER
- ODDITY CENTRAL