Pelbagai perkara tidak elok boleh berlaku kepada anak kita jika kita tidak mengawasi mereka sejak kecil hingga ke peringkat remaja. Ada yang memandang ringan tentang hobi memakan rambut ketika anak masih kecil tetapi tahukah anda hobi itu boleh bertukar kepada ancaman kepada nyawa anak anda?

BACA: Perut Koyak Akibat Burger Cili

Gambar sekadar hiasan

Doktor di Dehradun, India berjaya mengeluarkan segumpal rambut dari dalam perut seorang remaja perempuan yang mempunyai berat kira-kira dua kilogram.

Pada mulanya, ibu bapa kepada Ankasha Kumari, 16 tahun, tidak mengetahui punca mengapa anak mereka semakin kurus hinggakan dia kehilangan berat badan sebanyak 12 kilogram.

Gambar sekadar hiasan

Rupa-rupanya Ankasha gemar memakan rambutnya sendiri secara sembunyi apabila ibu bapanya membawa dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Setelah membuat imbasan X-ray, Dr Abhay Kumar menjumpai gumpalan rambut yang sudah memenuhi 80 peratus perut gadis itu. Tambahnya, gumpalan rambut tersebut hampir memenuhi 250ml ke 300ml ruang perut Ankasha hingga menyebabkan dia kurang berselera untuk makan.

Justeru itu, pembedahan dilakukan ke atas Ankasha untuk mengeluarkan gumpalan rambut tersebut. Pembedahan dibuat di Hospital Perubatan Doon yang diketuai oleh Doktor Abhay Kumar.

“Pembedahan ini sangat mencabar kerana kami perlu mengeluarkan kesemua rambut itu sekaligus. Kami tidak boleh mengeluarkan satu persatu helaian rambut kerana ia akan memberikan komplikasi lain kepada pesakit,” lapornya kepada Mirror.uk.

Selepas pembedahan itu berjaya, bapa Ankasha memberitahu bahawa anaknya itu lebih gembira menjalani kehidupan dan kelihatan lebih sihat berbanding sebelum ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lepas Makan Mee Kari, Kita Petik Strawberry