Makanan Hospital Di Jepun Mungkin Yang Terbaik Di Dunia
Seorang ibu yang baru sahaja melahirkan anaknya di sebuah hospital di Jepun berkongsi beberapa gambar makanan yang dihidangkan ketika menginap di wad bersalin. Apa yang mengejutkan, makanan tersebut tampak mewah umpama dihidangkan restoran lima bintang!
Wanita yang enggan mendedahkan namanya itu menginap di hospital tersebut selama 12 hari.
BACA: Makan Ubi Rebus Di Sekolah?
Ketika berada di sana, dia mengambil peluang itu untuk mengambil setiap gambar makanan yang dihidangkan sebelum memuat naik ke Imgur.
Hari pertama
“Omuraisu, salad makaroni, sup ayam, sotong, buah-buahan dan teh hijau.”
Hari kedua
“Salmon dengan sos cendawan, mee soba, nasi putih, terung dan daging, dan salad hijiki.”
Hari ketiga
“Ikan, salad pasta, bebola ayam, nasi putih, sup misp, chawan mushi, dan teh hijau.”
Hari keempat
” Jejari ayam, salad kobis, tauhu agedashi, salad lobak, nasi putih, dan sup miso.”
Hari kelima
“Ikan, salad konbu, natto, salad bayam, sup miso, nasi putih, susu dan teh hijau.”
Hari keenam
“Pasta cendawan, salad kentang, salad bakon, sup ayam, buah-buahan, roti dan teh hijau.”
Hari ketujuh
“Ikan kod, salad kobis, salad pasta, kentang, kacang pea, nasi putih dan teh hijau.”
Hari kelapan
“Salmon, tauhu, salad, natto, sup miso, nasi putih dan susu.”
Hari kesembilan
“Ayam dengan sos cendawan, sup labu dan daging, salad lobak daikon, sup muso dan chawan mushi.”
Hari kesepuluh
“Ikan goreng dengan sos tartar, sup kentang, salad hijiki, bayam, lobak goreng, nasi dan teh hijau.”
Hari kesebelas
“Ikan, sup sayur, niku jaga (daging dan kentang), timun, salad jagung, nasi, sup miso dan teh hijau.”
Hari terakhir di hospital
“Final “Oiwai (Keraian) Dinner”: Raisins, daging bakar, kentang lenyek, kabocha, sup teratai, sup jagung, nasi, salad, tiramisu, buah-buahan, jus oren dan teh hijau.”
Di Jepun, rasa makanan tersebut sama pentingnya dengan cara menyediakan makanan. Kebanyakannya dihidang dalam keadaan warna-warni dengan hidangan bento sentiasa datang dalam set yang lengkap.
Pendedahan wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada golongan wanita terutamanya bakal ibu yang kini memasang impian untuk melahirkan anak di negara matahari terbit itu.
- SUMBER
- NextShark