Malaysia Tawar Pengecualian Visa Pelancong China & India Mulai 1 Januari
Nampaknya bermula Januari tahun hadapan, pelancong dari China dan India dibenarkan memasuki Malaysia tanpa memerlukan visa. Pelancong dari dua negara itu
boleh melawat Malaysia selama 15 hari dan tidak boleh disambung.
Namun dengan syarat para pelancong hendaklah berdaftar dalam sistem pendaftaran dan maklumat perjalanan elektronik yang disediakan. Pelancong hanya akan diberi kebenaran untuk memasuki Malaysia tiga bulan selepas mendaftar
BACA: KFC China Perkenal Nuget Durian, Bila Giliran Malaysia?
Para pelancong kedua negara itu juga perlu membuktikan mereka mempunyai wang mencukupi atau kad kredit serta maklumat jadual perjalanan.
Rakyat kedua-dua negara ini perlu melalui sistem yang sah bagi memasuki ke negara ini dimana mereka perlu melalui lapangan terbang atau mana-mana pos kawalan imigresen untuk pendaftaran.
Ini termasuk bangunan Sultan Iskandar di Johor, stesen keretapi Johor Bahru, pos kawalan Imigresen Johor di Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, Johor; Padang Besar, Perlis; Bukit Kayu Itam, Changloon, Kedah; Sungai Tujoh, Sarawak; dan pos kawalan Imigresen di Tedungan di Limbang, Bahagian Kelima, Sarawak.
Difahamkan, usaha kerajaan itu adalah bersempena dengan kempen Tahun Melawat Malaysia pada tahun depan.
ARTIKEL BERKAITAN:
Dah Kenapa Jual Ayam 30 Sen Seekor?
Ayam Goreng Samyang Pedas Meletup, Guna Sos Dominos Je!
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi
- SUMBER
- MalaysiaKini