Malu Jumpa Orang, Lelaki Makan 7,000 Kalori Sehari
Perasaan rendah diri mula menguasai diri jika kita berasa tidak yakin dengan diri sendiri hingga membuatkan diri kita malu berjumpa orang ramai.
Seorang lelaki dari Alvaston, Derby, England, sanggup berkurung di dalam rumah selama empat tahun gara-gara malu dengan saiz badannya.
BACA: Sampai Kena Potong Dinding
Paul Stevenson, 36 tahun, berkata dia mengalami tekanan perasaan sejak berumur 19 tahun kerana ibunya telah meninggal dunia membuatkan dia tidak menjaga pemakanannya dengan betul.
Menurutnya, dia akan makan tiga kali sehari dengan memesan makanan menggunakan servis penghantaran sehingga beratnya mencecah 324 kilogram.
Namun, dia sedar jika dia tidak mengubah kehidupan dan cara pemakanannya, dia akan membahayakan nyawanya sendiri.
Oleh itu, Paul membuat keputusan untuk berubah dan berjaya mengurangkan pengambilan kalori dari 7,000 kepada 1,500 sehari dengan bantuan seorang doktor.
“Seorang kawan menghantar saya pergi ke hospital untuk temujanji hospital dan saya masih ingat ia adalah saat yang mendebarkan,” ujarnya yang keluar rumah buat pertama kalinya pada April 2016 dalam tempoh empat tahun tersebut.
Kini, Paul berjaya menghilangkan 190 kilogram dalam tempoh 18 bulan dan sedang mengumpul dana untuk pembedahan membuang kulit berlebihan di badannya.
Paul tidak sabar untuk kembali bekerja selepas pembedahannya selesai dan berniat mahu menolong mereka yang mengalami masalah sama sepertinya.
“Saya tak kisah kerja apa pun, tapi pekerjaan idaman saya adalah membantu orang yang mengalami masalah obesiti,” katanya yang begitu bersemangat meneruskan kehidupan pada tahun 2018.
ARTIKEL BERKAITAN:
Umur Baru 10 Bulan, Berat Cecah 28KG
Kajian: Hampir Suku Populasi Dunia Mengalami Obesiti
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pencarian Masak Lemak Salai Di Nismilan (Negeri Sembilan)
- SUMBER
- MSTAR