Kalau sayangkan anak, jangan sampai dimanjakan sangat takut nanti makin menjadi-jadi perangai mereka. Bak kata orang, sayang anak tangan-tangankan.

Baru-baru ini tular di Twitter, apabila pihak sekolah terpaksa mengambil tindakan dengan memanggil polis untuk menjemput seorang murid tahun 6 untuk ke sekolah selepas murid tersebut dikatakan tidak hadir selama 53 hari.

BACA: Redah Jambatan Gantung Rosak Demi Ke Sekolah

Lebih mengejutkan, budak 12 tahun itu bukan lari dari rumah atau mempunyai masalah keluarga sehingga tidak boleh hadir ke sekolah. Tetapi budak itu dikatakan tidak boleh bangun awal pagi kerena bermain permaianan video sehingga lewat malam.

Menerusi Tweet tersebut, ibu bapa murid tersebut tidak sampai hati untuk kejutkan anak bangun pagi kerana terlalu nyenyak tidur.

Menurut sumber Facebook, pihak sekolah terpaksa mengambil tindakan meminta pihak polis untuk menjemput murid tersebut setelah pelbagai usaha telah dijalankan.

AKHIRNYA POLIS SENDIRI JEMPUT MURID INI KE SEKOLAHPihak sekolah mengambil tindakan meminta pihak polis menjemput murid…

Posted by Mynewsviral Plus on Rabu, 18 Julai 2018

Posting itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang mengecam tindakan ibu bapa budak tersebut yang dikatakan tidak bertanggungjawab dalam menjaga anak.

Lain macam betul budak-budak sekarang. Boleh je nak main game, tapi jangan sampai mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar, lebih-lebih lagi tahun ini ada peperiksaan penting. Diharap kisah ini jadi pengajaran buat ibu bapa diluar sana.

ARTIKEL BERKAITAN:
Makan Ubi Rebus Di Sekolah?
“Saya Nak Tarik Cikgu Masuk Syurga Sekali”

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berpeluh Kepedasan Layan Nasi Kukus Malaya