Siapa sangka daripada hanya menunjukkan cara-cara memasak masakan tempatan Malaysia, seorang chef yang turut dikenali sebagai seorang penyanyi, pengacara, pelakon dan penceramah motivasi ini dilantik menjadi Duta Pelancongan Halal Taiwan.

BACA: Jimat Betul Bila Ada Resepi Pes Tom Yam Ini

Sumber dari ayueidris.com

Chef dimaksudkan ialah Datuk Dr Fazley Yaakob, 39 tahun, menyatakan dia tidak menyangka demontrasi masakan udang galah masak lemak cili api dengan kuih puteri mandi memenangi pertandingan demonstrasi makanan ketika berada di sana pada tahun lepas.

Malah, kejayaan memenangi pertandingan tersebut mendapat liputan meluas di China, Jepun dan Taiwan kerana peserta-peserta pertandingan terdiri daripada chef terkemuka dunia.

Sumber dari hmetro.com.my

Pada mulanya, Fazley menyangka demonstrasi makanan dibuat olehnya hanyalah sebahagian daripada aktiviti yang dijadualkan oleh pihak penganjur namun sangkaannya meleset.

Selain memenangi pertandingan di sana, Fazley turut dilantik menjadi Duta Pelancongan Halal Taiwan oleh Biro Pelancongan Taiwan.

Sumber dari hmetro.com.my

“Saya sangat bersyukur dengan pelantikan ini. Kalau ikutkan saya sudah memulakan tugas dan tanggungjawab sebagai Duta Pelancongan Halal Ke Taiwan sejak bulan lalu, tetapi untuk acara pelantikan secara rasmi adalah seperti yang berlangsung ini,” ujarnya.

“Saya tertanya-tanya juga kenapa menjadi pilihan mereka. Kriteria diukur bukan saja kerana latar belakang saya dalam bidang kulinari tetapi juga pengalaman di bidang hiburan. Menu seperti udang galah masak lemak cili api dan kuih puteri mandi adalah hidangan yang boleh diterima masyarakat Taiwan,” tambahnya lagi.

Nampaknya negara kita semakin dikenali di serata dunia. Tahniah diucapkan kepada mereka yang sentiasa mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa tidak kira bidang apa yang mereka ceburi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pedas Sungguh Siput Sedut Tapi Sedap!