Masjid Berdarah, 49 Jemaah Solat Jumaat New Zealand Terbunuh
Hari ini umat Islam dikejutkan dengan berita menyedihkan di mana berlaku tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand semasa jemaah sedang solat Jumaat.
Sehingga jam 5 petang tadi, jumlah korban meningkat kepada 49 jemaah disahkan terbunuh dan lebih 20 jemaah lagi cedera dalam kejadian serangan itu.
BACA: Kerusi Pejabat Melayang Punca Pelajar Ini Terbunuh
Penyerang bersenjatakan raifal automatik menyerbu dua buah masjid yang penuh dengan jemaah sebelum melepaskan tembakan rambang.
Lelaki warga Australia berusia 28 tahun yang menggunakan nama Brenton Tarrant di Twitter turut menyiarkan serangan itu secara langsung di media sosial.
Polis Australia mengesahkan empat orang ditangkap kerana disyaki terbabit dalam serangan itu.
Seorang lelaki yang dipercayai penyerang di dua buah masjid tersebut memberitahu dia melakukan serangan itu bagi mengurangkan jumlah pendatang asing dan sebagai membalas dendam terhadap rempuhan trak Stockholm, Sweden pada 2017.
Sementara itu, dua rakyat Malaysia disahkan cedera akibat ditembak dalam kejadian tersebut dan kini menerima rawatan di hospital.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥
- SUMBER
- Harian Metro