Masjid ‘Taj Mahal’ Malaysia Ini Diwakafkan Oleh Pengasas RHB
Seindah Taj Mahal, Masjid Sri Sendayan menjadi perhatian ramai dan tidak putus-putus menerima kujungan orang ramai yang bukan saja ingin beribadat malah untuk melihat keindahan seni bina masjid tersebut.
Difahamkan, Masjid Sri Sendayan telah memulakan operasi secara rasmi pada solat Jumaat, 20 September lalu.
BACA: Israel Ceroboh Masjid Bersejarah Jadikan Sebagai Kelab Malam
Masjid itu mula dibina pada 2015 yang diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) selaku pemegang amanah.
Dibina di atas tanah seluas 4.5 ekar, masjid yang dibina dengan kos lebih RM100 juta itu mampu memuatkan sehingga 5,000 jemaah pada satu-satu masa sekali gus menjadi masjid terbesar di Negeri Sembilan.
Difahamkan, ini merupakan masjid kedua yang diwakafkan oleh pengasas RHB itu selepas Masjid Hussain yang digelar sebagai Masjid Putih di Seremban 2 yang dibina dengan kos RM22.6 juta pada tahun 2012.
Kebanyakan seni bina Masjid Sri Sendayan ini ditempah khas dari luar negara termasuk ukiran kayu pada dinding ruang solat, tulisan khat, penggunaan saduran berwarna emas dan bongkah jubin mihrab yang berhampiran mimbar.
Malah, seni bina Masjid Sri Sendayan itu adalah campuran seni bina beberapa masjid dari negara Timur Tengah dan hiasan tulisan khatnya ditulis oleh tokoh khat paling agung di dunia dari Turki iaitu Sheikh Hassan Celebi.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Kambing Golek & Satay Pilihan Hati
- SUMBER