Pasti ini merupakan berita baik buat ibu bapa dan pelajar sekolah. Tiada lagi masalah kasut kotor dan mungkin tidak perlu lagi basuh kasut sekolah setiap minggu.

Bermula tahun hadapan, kasut putih yang pakai oleh pelajar sekolah akan digantikan dengan kasut hitam. Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berikutan aduan daripada pihak ibu bapa.

BACA: Buku Pickup Line Ciptaan Pelajar Sekolah Viral

“Ramai ibu bapa mengadu dan meminta supaya anak-anak mereka tidak memakai kasut putih. Baiklah, mulai tahun depan, murid-murid akan memakai kasut hitam, bukan kasut putih lagi,” katanya katanya dalam sesi Bicara Minda Sinar Harian.

Foto: Blogspot

Selain masalah kasut kotor, kementeriannya juga turut komited untuk mengurangkan bebas pelajar yang terpaksa menggalas beg sekolah yang berat.

Menteri Pendidikan itu juga berhasrat untuk melihat pelajar sekolah menguasai lebih dua bahasa menerusi sistem pendidikan negara.

“Saya bertemu dengan Duta Finland baru-baru ini dan beliau berkongsi mengenai sistem pendidikan di sana. Katanya murid-murid di sana menguasai sekurang-kurangnya empat bahasa. Dengan itu, saya juga berhasrat dan komited untuk pelajar Malaysia menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa dalam masa lima tahun ini,” tambahnya.

Buat ibu bapa, pastikan jangan tersalah beli kasut anak-anak pula tahun depan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Indonesia Tegur Bendera Mereka Silap Cetak
Kedai Makcik Seringgit Jadi ‘Port’ Makan Pelajar

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nikmatnya Nasi Lemak Lobster Di Bumi Singapura