McShacker Fries Kini Kembali Di McDonald’s, Hadir Dengan Perisa Pedas
Jika sebelum ini McDonald’s Malaysia kembalikan beberapa menu popular mereka seperti Quarter Pounder dan Dinosaur McFlurry, nampaknya, kali ini satu lagi menu istimewa mereka iaitu McShacker Fries kembali di pasaran.
Pasti ramai masih ingat lagi dengan menu ini di mana anda perlu masukkan kentang goreng di dalam beg kertas dan goncangkan sehinga serbuk perisa sebati bersama kentang goreng.
BACA: ‘Molten Chocolate Pie’ Sudah Mula Dijual Di McD Malaysia
Menariknya, McShacker Fries kali ini didatangkan dengan perisa pedas. Semuanya bermula apabila McDonald’s Malaysia bertanyakan kepada rakyat Malaysia perisa McShacker apa yang paling digemari.
Untuk mendapatkan Spicy McShacker Frise anda hanya perlu menambah RM1 untuk setiap pesanan anda.
Bukan itu sahaja McDonald’s turut hadir dengan menu burger terbaru mereka iaitu Sweet Chili Fish Burger. Harga untuk set burger ini RM16.03 didatangkan bersama air dan kentang goreng.
Tunggu apa lagi, ajak la kawan-kawan untuk terjah cawangan McD berhampiran anda.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥
- SUMBER
- Foodie