Menteri: 911 Kes Buang Bayi, Hanya 326 Ditemui Masih Hidup
Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh mendedahkan dianggarkan secara purata, 4,000 remaja perempuan hamil bawah 18 tahun dilaporkan setiap tahun.
Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, dari tahun 2012 hingga 2016, sebanyak 79,302 kes remaja perempuan hamil bawah 18 tahun telah dilaporkan.
BACA: Tandas Jadi Pilihan Buang Bayi Demi Tutup Malu
Bercakap pada Dewan Rakyat Isnin lalu, Hannah Yeo menjawab soalan Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) yang meminta Kerajaan menyatakan bilangan kes bayi yang dibuang selain rancangan daripada Kerajaan.
“Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia 5 yang dijalankan oleh LPPKN (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara) pada tahun 2015 turut mendapati pengetahuan mengenai aspek sesksualiti dan kesihatan reproduktif masih lagi rendah dalam kalangan remaja di Malaysia
“Berdasarkan kajian National Health and Morbidity Survey 2017 oleh KKM, dalam kalangan remaja pernah mengadakan hubungan seks, hanya 10 peratus menyatakan pernah menggunakan kaedah kontraseptif bagi mencegah kehamilan,” katanya.
Hanya 35.8% (326) kes bayi yang ditemui masih hidup sementara 64.2% (585) sudah tidak bernyawa. Buang stigma. Utamakan keselamatan & kesihatan bayi & ibunya. https://t.co/TWckjTeXB6
— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) October 22, 2018
Tambah Hannah, memetik statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sejumlah 911 bayi dibuang dari tahun 2010 hingga Ogos 2018 dan 585 daripada jumlah bayi dijumpai tidak bernyawa.
Dalam pada itu, Kementerian akan memperkasa pendekatan relevan bagi mendekati golongan remaja melalui media sosial untuk mereka mendapatkan maklumat bimbingan dan nasihat.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉
- SUMBER
- Astro Awani