Menteri Dedah Perangai Mahathir Ketika Mesyuarat
Seorang menteri kabinet telah memberikan gambaran mengenai apa yang berlaku semasa mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Sejak mempengerusikan mesyuarat kabinet, rata-rata Perdana Menteri yang berusia 93 tahun itu telah banyak memberikan kejutan pada menteri-menteri kabinetnya yang lebih muda.
Terutama, satu perangai Tun Mahathir yang sudah sebati dengan kehidupan sepanjang karier beliau dalam bidang politik.
Apa perangai yang sering dilakukan oleh Perdana Menteri itu?
Rupanya ini sebab Perdana Menteri berfikiran tajam
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail, beliau menyifatkan, Perdana Menteri yang berusia 93 tahun itu telah meninggalkan menteri-menterinya yang lebih muda dalam kejutan dan merasa kagum dengan fikirannya yang tajam.
Beliau berkata kebanyakan ahli Kabinet terkejut betapa perdana menteri pada zamannya masih boleh menyelesaikan perkara-perkara, dari isu-isu kecil hingga yang besar mengenai dunia dan ekonomi.
Menurut Saifuddin lagi, pada setiap mesyuarat, PM akan bermula dengan sesi pendahuluan, di mana beliau akan bercakap tentang semua perkara . Samada hal-hal dalam negara mahupun global.
Saifuddin berkata ketika mesyuarat yang boleh berlangsung antara 60 dan 90 minit, para menteri akan mula bimbang tentang satu perkara: iaitu sebuah buku nota poket yang dikeluarkan oleh PM dari dalam sakunya.
Buku itu mengandungi pemerhatian Tun Mahathir terhadap setiap aspek dalam persekitarannya dan merangkumi semua perkara. Semua yang tercatat akan disuarakannya dalam mesyuarat.
“Beliau akan mengeluarkan buku tersebut dari poketnya dan dia akan bercakap mengenai semua perkara dan pelbagai”
Sebagai contoh, beliau akan membacakan apa yang ditulis dalam notanya: ‘Saya memandu di Jambatan Putrajaya dan terdapat satu lampu jalan dengan nombor siri tertentu yang tidak dinyalakan. Dan kemudian di satu persimpangan, ada tong sampah yang dimuatkan dengan sampah, tetapi tidak kutip. Saya juga melihat di tasik (Putrajaya), yang sepatutnya diterangi untuk mencantikkan tasik, tetapi tidak dinyalakan ‘.
Saifuddin berkata Mahathir akan mencari dan bertanya, “Yang mana menteri bertanggungjawab?”
“Kemudian kami semua akan melihat menteri wilayah persekutuan yang terlibat” kata Saifuddin sambil ketawa.
Tabiat tersebut sudah lama diamalkan oleh Tun M
Semasa keluar negara pun beliau akan mencatat segala apa yang dia lihat dan dengar supaya dapat memberi panduan kepadanya. Kerana itu banyak pembaharuan dibawa masuk semasa di bawah kepimpinannya dengan pelbagai dasar supaya negara ini maju.
Mengimbas kembali ketika era kepimpinan beliau sekitar 1982 beliau memulakan hari pertama Kabinet beliau setelah menggantikan Datuk Hussein Onn pada Jun 1981 – sambil mengeluarkan sebuah buku nota kecil – beliau memulakan agenda hari itu dengan memberi syarahan pengenalan yang ringkas kepada menteri-menteri di kompleks JPM, Jalan Dato’ Onn.
Apa istimewanya buku nota yang diselit dalam kocek baju yang nampak murah sekadar 50 sen atau seringgit ini? Ada menyatakan, kebanyakan idea mega Dr. Mahathir membangunkan negara dicatat di dalam buku nota kecil yang mungkin tidak mahal itu.
Ia dipercayai senarai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Dr. Mahathir suka menteri-menteri beliau memberikan output. Beliau tidak minat teori yang mengaburkan proses pemikiran dan buah fikiran-fikiran baharu amat digalakkan, tetapi ia mestilah berhasil.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Puas Hati Pekena Kambing Bakar Kat Setapak Ni 😱
Sumber: FreeMalaysiaToday, Utusan