Menteri: Guna Dron Untuk Pos Mampu Dilaksanakan 5 Tahun Lagi
Penggunaan dron secara komersil dalam industri pos dan kurier boleh dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.
Katanya lagi, banyak kelebihan yang boleh diguna pakai dalam teknologi dron seperti dalam bidan kesihatan, pertanian dan perubatan. Ia juga dapat membantu membawa bekalan makanan kepada mereka yang terperangkap dalam banjir.
BACA: Kini Anda Boleh Tweet MCMC Jika Internet Bermasalah!
Untuk rekod, beberapa negara lain sudah pun menggunakan dron secara komersil. Malah ada yang menggunakan bagi menghantar sampel atau spesimen makmal di antara klinik dan hospital sejak 2018 kerana ianya lebih cepat dan menjimatkan kos terutama dari segi pengangkutan.
Kata Gobind lagi, Malaysia juga tidak mahu ketinggalan dalam arus permodenan itu. Ujarnya lagi, contoh kegunaan dron di negara ini ialah untuk menghantar bekalan ubat-ubatan ke kawasan terpencil dan luar bandar pada masa kecemasan.
Dalam pada itu, Pertandingan Parcel Dron yang dianjurkan oleh Pos Malaysia Berhad dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi mencari pemenang yang berjaya menerbangkan dron dengan muatan seberat dua kilogram sejauh dua kilometer dalam masa terpantas.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Berbaloi Ke • EP1: Burger RM4.50 Vs Burger RM138
- SUMBER
- SiakapKeli