Menteri: Harga KFC Naik Disebabkan Peningkatan Kos
Bulan lalu tular mengenai harga set hidangan KFC yang semakin mahal mengejutkan banyak pihak dan berikutan itu rata-rata pengguna menggesa campur tangan daripada pihak berkuasa.
Isu tersebut mendapat perhatian pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mengadakan pertemuan dengan QSR Brands (M) Holdings Berhad.
BACA: Harga Set Makanan Naik Mendadak, Ini Jawapan KFC Malaysia
Memetik laporan Free Malaysia Today, hasil pertemuan pada Jumaat lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution dimaklumkan bahawa kos pengeluaran meningkat menjadi punca harga menu KFC dinaikkan.
Kenaikan kos pengeluaran berlaku dari satu peringkat pengeluaran kepada peringkat yang lain. Ia juga berpunca daripada syarat yang ditetapkan untuk memegang lesen francais antarabangsa.
“Jelas mereka, ada beberapa syarat yang perlu mereka penuhi. Misalnya, bahan-bahan yang mereka gunakan. Dalam perjanjian francais, mereka disyaratkan membeli dari pembekal yang telah dinamakan,” katanya
Katanya lagi, meskipun ada pilihan pembekal lain yang menawarkan harga yang lebih murah, syarikat itu tidak boleh mengubahnya kerana terikat dengan syarat dan perjanjian yang ditetapkan.
Bagaimanapun, katanya, syarikat itu tetap akan menghantar laporan bertulis kepada kementerian itu dari masa ke semasa.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Free Malaysia Today