Menurut Kajian Jepun, Makan Banyak Nasi Dapat Cegah Obesiti
Ini sememangnya penemuan yang sangat mengejutkan. Selalunya, bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan atau mengamalkan diet, pasti seboleh-bolehnya untuk tidak memakan nasi.
Tetapi, siapa sangka bahawa kajian terbaru menunjukkan bahawa makan lebih banyak nasi dapat mencegah obesiti.
BACA: Modal RM3k, Penjual Nasi Lemak Ini Jana RM400,000 Sebulan
Profesor di Kolej Seni Bebas Wanita Doshisha di Kyoto, Prof Tomoko Imai yang mengetuai penyelidikan itu berkata, individu yang mengikut diet gaya Jepun atau orang Asia yang berasaskan beras kurang berisiko menjadi obes berbanding mereka yang tinggal di negara kurang memakan nasi.
Hasil kajian mereka mendapati kadar obesiti adalah rendah di negara yang menjadikan beras sebagai makanan ruji.
Menurut kajian, ini kerana kandungan serat, nutrien, sebatian tumbuhan yang terdapat dalam bijirin penuh rendah lemak itu dapat memberi rasa kenyang dengan lebih lama dan mengelakkan pengambilan secara berlebihan.
Kajian mereka mendapati pengambilan nasi sebanyak 50 gram sehari dapat mengurangkan kelaziman obesiti di seluruh dunia kepada satu peratus atau daripada 650 juta kepada 643.5 juta orang dewasa.
Difahamkan, diet rendah karbohidrat yang mengurangkan pengambilan nasi sangat popular dalam strategi untuk mengurangkan berat badan di negara maju, namun kesan beras terhadap obesiti masih tidak jelas.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Astro Awani