Mesti Cuba Resepi Nasi Daging Raya Korban Ini
Setiap kali Hari Raya Aidil Adha, pasti banyak daging korban yang akan tersimpan di rumah. Jemu juga kalau asyik buat kari dan sup sahaja. Apa kata anda tukar menu dengan mencuba resepi nasi daging ‘power’ yang dikongsikan oleh Puan Ica Ashida ini.
Mudah saja nak buat nasi daging ini. Sesuai untuk dijamu kepada tetamu di Hari Raya ini. Walaupun menu ini nampak simple, tapi rasanya sangat istimewa dan cukup sedap.
BACA: Setiap Kali Raya Haji, Jangan Jadi Macam Lelaki Ini
Bahan-bahan:
- Bawang besar
- Bawang putih
- Halia
- Rempah kurma
- Rempah 4 sekawan
- Daging direbus sehingga empuk
- Minyak sapi
Cara membuatnya:
1. Basuh beras
Beras dibasuh bersama 2 helai daun pandan. Saya masak 3 pot. guna sukatan bekas beras tupperware. Saya pakai beras wangi. Nak sedap guna beras Pulsa Gold untuk masak baryani.
3. Tumis atas kuali
Tumis rempah empat sekawan bersama bawang merah, bawang putih, halia dan rempah kurma. Saya gunakan minyak sapi. Kemudian masukkan garam dan perasa. Setelah sebati, tambah secawan air rebusan daging. Tunggu mendidih dan masukkan beras.
4. Masukkan ke dalam rice cooker
Masukkan bahan yang ditumis ke dalam periuk nasi dan masukkan daging yang telah direbus. Masukkan tomato. Saya tak gunakan susu cair.
5. Masukkan air rebusan daging mengikut keperluan beras
Saya hanya gunakan beras biasa jadi jumlah air saya sama banyak dengan beras.
6. Nasi daging telah siap dimasak
Sedap dimakan bersama sambal air asam dan sup daging. Lebih power jika bawang goreng tu homemade.
Mudah saja kan. Kalau teringin nak makan Nasi Daging ini, tak perlu tunggu Raya Korban pun boleh buat. Selamat mencuba!
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥
- SUMBER
- Facebook Ica Ashida