Pasti ramai yang masih ingat lagi, suatu ketika dulu cupcake pernah menjadi kegilaan ramai dan viral.  Menariknya, resepi mini cupcake yang dikongsikan oleh Nur Yusrina ini lebih mudah kerana hanya menggunakan dua bahan sahaja.

Bukan saja mudah untuk dibuat, paling penting bajet yang diperlukan untuk membuat kek ini tak sampai RM10. Boleh la anda buat mini cupcake ini untuk majlis kecil. Lepas ni, kalau tiba-tiba mengidam nak cupcake boleh buat sendiri je dan tak perlu keluar duit sehingga berpuluh ringgit untuk beli di kedai.

BACA: Guna 3 Bahan Sahaja Untuk Buat Cheese Cake Gebu

Bahan-bahan:

2 bungkus biskut Cream O (Perisa coklat)
1 kotak susu Pokka Cookies & Cream (250ml)

Cara membuatnya:

1. Masukkan susu dan biskut ke dalam mesin pengisar. Pastikan pengisar bebas dari bau bawang dan cili.

2. Kisar susu dan biskut sampai halus menjadi adunan.

3. Isi adunan yang dikisar di dalam bekas apa-apa pun dan kukus. Sebagai contoh, Cik Yus guna cup biskut raya. Kalau nak tahu dah masak ke belum, cuba cucuk guna garfu. Kalau masih ada adunan melekat pada garfu, bermakna kek kita belum masak. Kukus lagi.

4. Selepas siap dikukus, biarkan sejuk seketika. Akhir sejali kalau nak buat topping, tuang la topping apa-apa pun. Tak letak topping pun tak apa, dah sedap.

Selamat mencuba!

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Resepi Asal Bubur McD
Hanis Zalikha Kongsi Resepi Butter Prawn

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱